Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila ikan sudah dipukat, Dibawa pulang dibuat lauk; Apabila iman sudah melekat, Dada lapang sifat pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah orang berhelat, Apa yang kurang harus dicari; Bukan mudah memegang adat, Dada lapang bertulus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok sungguh memasang lampu, Supaya gelap menjadi terang; Elok sungguh abang menunggu, Hatiku sedap dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila lancang singgah di teluk, Sesudah timpas pasang pun datang; Apabila abang sudah menjenguk, Rinduku lepas dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lapang (adjektif) | 1. Dalam konteks tempat bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar, Berantonim dengan sempit
2. Dalam konteks waktu bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk, Berantonim dengan sibuk
| Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan, |
|
|