Pantun |
Sumber |
Tema |
Terlitak-litak dari pekan, Menjinjing lauk kira-kira; Bukannya litak dek tak makan, Litak diremuk kira-kira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik-baik menanam benih, Salah kira dimakan rusa; Baik-baik memendam kasih, Salah bawa badan binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah tegak dibuang kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah bicara orang mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|