Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau memanggang bersela-sela, Kalau menjemur kering-kering; Kalau tegang berjela-jela, Kalau kendur berdenting-denting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika kulurut padiku ini, Akan kering air siraman; Jika kuturut hatiku ini, Akan kutinggal kampung halaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| kering (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang,
dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi, Berantonim dengan basah
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,
3. Dalam konteks durian bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,
| Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 478 When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|