Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejak datuk menampar kuda, Ternak yang lain menjadi kacau; Sejak datuk mengejar janda, Banyaklah datin membeli pisau | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kalau berbuah tak sempat masak; Buruk negeri lupakan adat, Kacau serumah umat pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau cukup harta di kampung, Pergi merantau berhati lapang; Kalaulah hidup sama menolong, Negeri kacau pastilah tenang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| kacau | 1. Bersinonim dengan kusut ( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur,
kalut, tidak tersusun, tidak tertib, ) (adjektif:) Berantonim dengan kemas
2. Bersinonim dengan gaul ( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan gelisah ( bingung, buncah, rusuh hati, ) (adjektif:) Berantonim dengan tenang
4. Bersinonim dengan huru-hara ( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh,
tidak tenteram, tidak aman, ) (adjektif:) Berantonim dengan tenteram
| Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau, |
|
|