Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kegemparan1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gemparriuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hiruk; ~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk; menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll): kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak dapat ditentukan; menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan; penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
gemparriuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba:mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan.Kamus Pelajar
gemparheboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gaduh I1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggaduhkan1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau?Kamus Pelajar Edisi Kedua
heboh/héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggaduhkan1. membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan:Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2. menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau?Kamus Pelajar
heboh/héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1. menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2. menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan.Kamus Pelajar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempar