| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sungai Lajim Kampung Patinggan, Sebelah darat Jalan Merpati; Hasil kampung diberi sokongan, Sumber pendapatan rakyat sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | hasil (kata nama) | 1. Rujuk dapat pendapatan
2. Rujuk panen
3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,
4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,
| | Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil, |
|
| Puisi |
|---|
|
Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.
Lihat selanjutnya... |
|