Pantun |
Sumber |
Tema |
Nasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir udaranya hangat, Pergi kesana rasa terpanggang; Orang pandir bicaranya sesat, Menjadi ketua dicerca orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana makan takkan perisa, Nasi hangat gulai pun lemak; Bagaimana badan takkan binasa, Hati jahat perangai pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan hendak berkebun, Air ngat dalam cawan; Kalau tuan pandai berpantun, Jangan bagi hangat hati kawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| hangat (adjektif) | 1. Rujuk panas 1
2. Dalam konteks sambutan bersinonim dengan meriah, baik,
3. Dalam konteks perdebatan bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,
| Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan, |
|
Puisi |
---|
|
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 627 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|