| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sampan bertambah haluan kemudi Hendak dungkal tali bersimpul; Badanlah penat menahan hati, Hendak bercerai anak sebakul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Angin sakal dari haluan, Banyaklah lari orang pemukat; Ingin berbual tiada bahan, Hendak pergi hatilah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Adat seperahu satu haluan, Adat sesampan satu kemudi; Adat sehaluan satu tujuan, Adat sekemudi bersatu hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Bini berkurap laki berkurap, Penat tangan kaki bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | haluan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,
2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,
3. Dalam konteks perahu bersinonim dengan bahagian depan Berantonim dengan buritan
| | Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang.
Lihat selanjutnya... |
|