Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Selama dapat tali berenda, Tidak perlu ke pasar lagi; Selama mendapat bini janda, Tidak perlu belajar lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun kain baru direndam, Kerana perlu dipakai juga; Walaupun kahwin baru semalam, Kerana malu bercerai juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun hari berarak petang, Kerana perlu ke ladang juga: Walaupun hati mabuk kepayang. Kerana malu membelakang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walau hari sudah petang, Kerana perlu pergi juga; Walau kaki sudah pincang, Direngek laki bangun juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau kutahu selasih dulang, Tentu tak perlu mencari-cari; Kalau kutahu kekasih orang, Tentu tak mahu menggoda lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila hari mendung selalu, Tentulah basah kain dibasuh; Apabila hati menanggung rindu, Perlu dibawa berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| perlu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,
2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
| Kata Terbitan : memerlukan, keperluan, |
|
Peribahasa |
---|
| 26 Great barkers are not biters Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|