Pantun |
Sumber |
Tema |
Yanglah langsung biarlah langsung, Supaya tak berat hati mengenang; Orang tua ompong biarlah ompong, Supaya tak dapat menggigit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Eksport kayu jati, Boleh buat titi, Langsung bawa mati, Sendiri tuan rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Sungguh ramai orang berburu, Dapat rusa langsung berbagi; Sungguh pandai orang berilmu, Cepat mengira untung dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Eksport dari Semantan, Eksport kayu jati; Musnah kehidupan, Langsung bawa mati. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna pasang pelita, Pasang tanglung baik lagi; Apa guna bermain mata, Ambil langsung baik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| langsung | 1. Dalam konteks siaran bersinonim dengan terus, terus-menerus, (adverba:)
2. Bersinonim dengan lantas ( lalu, terus, lanjar, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan selama-lamanya ( kekal, terus, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan sama sekali ( sedikit pun) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Lihat selanjutnya... |
|