Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
elon | [e.lon] | kata nama | susunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang. | Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak. | [bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/] | Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula. |
kayu keramat | [kA.ju k«.ÄA.mAt] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang kira-kira sejengkal; batang keramat. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
dajal | [dA.dZAl] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal. |
dajai | [dA.dZAj] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai. |
anoq | [A.nâÖ] | kata nama | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek. | [dZA.NAn boh l«.beh pAdA ti.gA gun.di A.tAEh A.nâÖ tu kÒ«.bAw tA/ lA.ÒAt tA.Òe/] | Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya. |
jujoh | [dZu.dZoh] | kata adjektif | berkenaan dengan buah-buahan, ikan dan sebagainya yang banyak atau lebat pada musim-musim tertentu. | Kalu hang nak makan derian, pila kat duson dia, masa derian tengah jujoh sebulan lagi. | [kA.lu hAN nA/ mA.kAn d«.Òi.jAn pi.lA kAt du.son di.jA mA.sA d«.Òi.jAn te.NA dZu.dZoh s«.bu.lAn lA.gi] | Kalau hendak makan durian, pergilah ke dusunnya semasa buah durian sedang banyak, kira-kira sebulan lagi. |
senereh | [s«.n«.Òeh] | kata kerja | bersentuh, bergesel. | Budak ni tak buleh senereh siket, dia kira nak teriak. | [bu.dA/ ni tA/ bu.leh s«.n«.Òeh si.ket di.jA k«.ÒA nA/ t«.Òi.jA/] | Budak ini tidak boleh tersentuh sedikit pun, dia akan terus menangis. |
kerabat | [k«.ÒA.bAt] | kata kerja | memanjat pokok atau tempat tinggi dan lain-lain, panjat, ragas. | Buaeh sunggoh budak tu, kira dok kerabat pokok saja. | [buAEh suN.goh bu.dA/ tu kE.ÒA do/ k«.ÒA.bAt p.k/ sA.dZA] | Budak itu nakal sungguh, ia selalu memanjat pokok. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
payoh baso | [pA.jh b:A.s] | | susah untuk dibuat kira bicara dan berunding, susah untuk melakukan sesuatu kerja yang disuruh. | Tok soh dok suroh diyo buwak gapo la, budok tu payoh baso. | [t/ sh do/ su.Äoh di.j bu.wA/ g:A.p lA bu.d/ tu pA.jh b: A.s] | Tak usahlah kamu menyuruhnya buat sesuatu, budak tu susah untuk dibuat kira bicara. |
suku | [su.ku] | kata kerja | berasingan. | Giye ambo tu kiro sukulah denge hok laeng. | [gi.jE Am.b tu ki.Ä su.ku.lAh d«.NE h/ lAeN] | Bahagian saya tu kira berasinganlah dengan yang lain. |
nggo | [Ng] | kata adjektif | tolol, bodoh. | Mung tok soh dok wak kiro denge ore nggo tu. | [muN t/ sh do/ wA/ ki.Ä d«.NE .ÄE Ng tu] | Kamu tak usah mengambil kira pendapat orang bodoh tu. |
kure saro | [ku.ÄE sA.Ä] | | kurang waras. | Jange dok wak kiro denge ore kure saro tu. | [dZA.NE do/ wA/ k:i.Ä d«.NE .ÄE ku.ÄE sA.Ä tu] | Jangan ambil kira dengan orang kurang waras tu. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
paku mengawan | [pA.ku m«.NA.wAn] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek | | | |
keladi Serawak | [k«.lA.di s«.ÄA.wA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor. | | | |
rumput sudu itek | [Äum.put su.du i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot tapak itek.. | | | |
rumpot tapak itek | [rum.pot tA.pA/ i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek.. | | | |
letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
kayu ibu | [kA.ju i.bu] | | kayu sebesar ibu jari kaki dan berukuran kira-kira sekaki yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Ape le kayu ibu kau ni bengkok. Macam mane nak pukol? | [A.p« l« kA.ju i.bu kAw ni bEN.ko/ mA.tSAm mA.n« nA/ pu.kol] | Apalah kayu ibu engkau ini bengkok. Bagaimana hendak pukul? |
kayu anak | [kA.ju A.nA/] | | kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket. | [eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket] | Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit. |
lopak-lopak | [lo.pA/.lo.pA/] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan. | Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude. | [nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«] | Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
| | | 5. melakukan sesuatu sesuka hati | Dia maen tutoh reta ikut dan, tak kira lampu hijau, lampu merah dia redah saja | [di.jA mAen tu.toh ÒE.tA i.kut dAn tA ki.ÒA lAm.pu hi.dZAw lAm.pu mE.ÒAh di.jA Ò«.dAh sA.dZA] | Dia membawa kereta sesuka hati, tidak kira lampu hijau, lampu merah dia rempuh saja. |
| | | 3. mencuri | Kalu budak-budak masok dalam kedai dia kira nak menyerama | [kA.lu bu.dA/.budA/ mA.so/ dA.lAm k«.dAj di.jA ki.ÒA nA/ m«.ø«.ÒA.mA] | Kalau budak-budak masuk ke dalam kedai, mereka asyik hendak mencuri. |
daih | [dAC] | kata kerja | menjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki, membentes. | Lece maen bola dengan dia, dia kira daih orang. | [lE.tSE mAen b.lA d«.NAn di.jA di.jA ki.ÒA dAC o.ÒAN] | Lece main bola dengan dia, dia asyik membentes orang. |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|