PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
artificial protein | | | Satu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik. |
chip | | | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
semiconductor | | | Bahan pepejal berhablur yang mempunyai kekonduksian elektrik antara logam dengan penebat. Contohnya, germanium dan silikon. Bahan semikonduktor mempamerkan sifat kekonduksian berkadaran dengan suhu yang digunakan sebagai termistor, berkadaran kepada voltan yang digunakan sebagai varistor. Dengan membuat sambungan yang sesuai antara bahan semikonduktor, pelbagai peranti elektronik dapat dihasilkan. Sifat optik bahan semikonduktor juga penting untuk menghasilkan peranti seperti fotodiod, laser dan sel suria. |
silicon boule | | | Jongkong silikon hablur tunggal yang dihasilkan secara sintetik. Dalam industri semikonduktor, boule silikon dapat dihasilkan menerusi beberapa cara, seperti teknik Bridgeman atau proses Czochralski. Bagi menghasilkan satu rod silinder, boule silikon biasanya dipotong menjadi wafer bulat dan digilap agar substrat sesuai sebagai peranti semikonduktor. |
nanopores containment | | | Pengurungan atau pengisian liang-liang di dalam sebatian berliang dengan nanozarah. Contohnya, dalam pembuatan bahan magnet komposit, sebatian berliang ini akan diisi dengan zarah magnet. Sifat magnet bahan ini sama ada fero atau antifero bergantung pada bilangan dan jenis nanozarah yang diisi dalam liang tersebut. Antara sebatian berliang yang sesuai untuk pembuatan bahan magnet ini ialah zeolit yang mempunyai liang dengan bentuk tertentu. |
magnetic resonance imaging (MRI) | | | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
|
Tesaurus |
---|
| sesuai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah, Berantonim dengan janggal
2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,
3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,
4. Rujuk mujarab
| Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian, |
|
|