PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
short range order | | | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
messenger RNA | | | Bentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek. |
hairy nanosphere | | | Nanosfera bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer pendek yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan berbulu. Nanosfera berbulu digunakan untuk membuang sebatian organik di dalam air. Banding nanosfera bintang. |
magnetic resonance imaging (MRI) | | | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
fluorescence | | | Luminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut. |
near-field microwave microscopy (NFMM) | | | Kaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah. |
anti-Stokes line | | | Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis Stokes. |
quantum yield | | | Ukuran kecekapan penyerapan cahaya dalam suatu sistem kuantum yang diungkapkan sebagai nisbah jumlah foton yang dipancarkan oleh bahan terhadap jumlah foton yang diserap. Contohnya, pemancaran cahaya oleh bintik kuantum apabila diuja oleh sinaran yang mempunyai jarak gelombang lebih pendek seperti sinaran ultralembayung. |
long range order | | | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|