PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
assembler | | | Mesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain. |
coke | | | Sisa sel karbon yang tertinggal hasil daripada proses penyulingan arang. Kok mengandungi karbon sebagai komponen utama berserta beberapa bahan mineral dan sisa mudah meruap. Lapisan kok dalam bentuk filem tipis dapat meliputi permukaan rod pemangkin yang digunakan dalam proses pemecahan minyak mentah kepada gasolin dan menyebabkan fungsi pemangkin terencat. |
|
Tesaurus |
---|
| mentah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras, Berantonim dengan masak
2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,
3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau, Berantonim dengan matang
| Kata Terbitan : mentah-mentah, |
|
Puisi |
---|
|
Bismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan.
Lihat selanjutnya... |
|