Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.

Takrif

Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.

Takrif

Perbuatan yang tidak sempurna.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.

Takrif

Pekerjaan yang tidak sempurna.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Takrif

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan masak mentah.

Takrif

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau dikadang, mentah.

Takrif

Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masak di luar mentah di dalam.

Takrif

Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anjing makan masak mentah.

Takrif

Orang yang gelojoh tiada memilih baik ataupun jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Takrif

Masih mentah dalam segala hal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai diurap dengan daun katang-katang.

Takrif

Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.



Lihat selanjutnya...