PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
linker region | | | Satu kawasan antara manik histon yang disambung dengan dwilapisan DNA. DNA tersebut dikenali sebagai kromatin sementara manik histon dengan garis DNA dikenali sebagai nukleosom. Kawasan ini memberikan kemampuan yang anjal bagi urutan nukleosom melakukan lingkaran seterusnya dan berdiameter 11 nm. |
nucleation | | | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |
photonics | | | Bidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi. |
single electron tunneling | | | Fenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal. |
Fraunhofer diffraction | | | Sejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari. |
local force spectroscopy (LFS) | | | Salah satu kaedah dalam mikroskop daya atom (AFM) yang digunakan untuk menentukan keluk daya tindakan di kawasan tertentu pada permukaan sampel. |
|
Tesaurus |
---|
| kawasan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan,
zon, medan, kampus, gelanggang, arena,
2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,
|
|
|