PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
fuel cell | | | Alat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran. |
atomic absorption spectroscopy | | | Kaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan. |
|
Tesaurus |
---|
| perlu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,
2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
| Kata Terbitan : memerlukan, keperluan, |
|
|