PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
glucose detection | | | Pengukuran kepekatan glukosa dalam bendalir yang dilakukan secara pengesanan tak langsung pada produk daripada tindak balas glukosa oksidase. Pengesanan dapat juga dilakukan secara langsung, contohnya pengesanan menggunakan impedans elektrokimia, resonans permukaan plasmon atau karbon nanotiub. |
Stokes line | | | Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis anti-Stokes. |
anti-Stokes line | | | Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis Stokes. |
|
Tesaurus |
---|
| langsung | 1. Dalam konteks siaran bersinonim dengan terus, terus-menerus, (adverba:)
2. Bersinonim dengan lantas ( lalu, terus, lanjar, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan selama-lamanya ( kekal, terus, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan sama sekali ( sedikit pun) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Lihat selanjutnya... |
|