PeribahasaMembuangkan nasinya yang tersaji di lutut.TakrifMeninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi.TakrifUntung-untungan; berserah kepada nasib.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung sebagai roda pedati.TakrifNasib manusia berputar-putar turun dan naik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkhtiar menjalani, untung menyudahi.TakrifUntuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya.TakrifNasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
204 | The wheel of fortune is forever in motion | Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. | Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas | During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. | Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan.
Lihat selanjutnya... |
|