PeribahasaCondong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.TakrifTiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.TakrifKerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecubung berulam ganja.TakrifSama jahat. kecubung = sebangsa tumbuhan, bijinya memabukkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ular dengan legundi (= lenggundi).TakrifSangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCekarau besar liang.TakrifBesar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk di ambung-ambung taji.TakrifSelalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah limau oleh benalu.TakrifOrang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.TakrifOrang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai diurap dengan daun katang-katang.TakrifSangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.TakrifBerbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
|