PeribahasaDuduk di ambung-ambung taji.TakrifSelalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah limau oleh benalu.TakrifOrang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai diurap dengan daun katang-katang.TakrifSangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.TakrifWaktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.TakrifKeinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
|