PeribahasaTuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat.TakrifKeunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah yang disembah, junjung yang dipanjat.TakrifPemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.TakrifMendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah anjing, celaka kuda.TakrifBahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengejar (= mengejan) tuah, najis keluar.TakrifTerlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada tertikam tuah oleh berani.TakrifOrang yang bertuah tiada dapat dialahkan dengan keberanian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung ada tuah tiada.TakrifAda kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.TakrifMendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.TakrifHemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tuah (kata nama) | Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;, | | Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.
Lihat selanjutnya... |
|