PeribahasaAir tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.TakrifPertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang tajam tumpul, yang bisa tawar.TakrifDengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar.TakrifSusah hati dapat mengubah perangai seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.TakrifNasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.TakrifTidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
87 | You can catch more flies with honey than with vinegar | Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) | Yang tajam tumpul, yang bisa tawar | If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. | Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, yang tajam tumpul, yang bisa tawar. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tawar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang, Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit
2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,
3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap, Berantonim dengan ghairah
4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati, Berantonim dengan marah
5. Dalam konteks pidato bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,
| Kata Terbitan : menawari, penawar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau datang kapal serati, Sungguh Jawa tawar-menawar; Kalau datang si jantung hati, Racun diminum jadi penawar.
Lihat selanjutnya... |
|