PeribahasaTidak bernasi di balik kerak.TakrifTidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan puntung berasap jua.TakrifPerselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak malam mentah pagi (= siang).TakrifPerkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakak sudah, silat teringat.TakrifPerkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.TakrifCerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggaru luka lama.TakrifPerselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMayat sudah di tepi kubur.TakrifPekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJahit sudah, kelindan putus.TakrifHabis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUtang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.TakrifHutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|