PeribahasaMelepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.TakrifMenolong orang yang tiada tahu berterima kasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas kaki leher terjerat.TakrifOrang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas bantal berganti tikar.TakrifKahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat.TakrifKesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNyamuk mati, gatal tak lepas.TakrifMenaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.
Lihat selanjutnya... |
|