PeribahasaTak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.TakrifTidak sedar akan kekurangan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelur mengatakan lepang tak pandai duduk.TakrifTidak sedar akan kekurangan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jelongak kerbau rampung.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.TakrifCacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidung sudah rampung diatur orang.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.TakrifNegeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sedar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek, Berantonim dengan tidur
3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung, Berantonim dengan jahil
| Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Lihat selanjutnya... |
|