PeribahasaRingan mulut berat punggung.TakrifMalas meninggalkan tempat duduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCepat kaki ringan tangan.TakrifRajin dan giat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati yang ringan meringankan beban yang berat.TakrifSemua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRingan tulang berat perut.TakrifYang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat sepikul, ringan sejinjing.TakrifBaik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRingan sama menjinjing, berat sama memikul.TakrifBaik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat sama dipikul, ringan sama dijinjing.TakrifSuka duka sama-sama ditanggung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.TakrifSudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyandang lukah tiga.TakrifPekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menyandang galas tiga.TakrifPekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ringan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang, Berantonim dengan sukar
2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak, Berantonim dengan penting
| Kata Terbitan : meringankan, memperingan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
|