PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPadi rebah, paksa tekukurlah.TakrifMendapat keuntungan tanpa berusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggur rebah, belatuk menumpang mati.TakrifApabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang rebah ditindih.TakrifYang sudah miskin bertambah miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai punggur rebah.TakrifJatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat tebu rebah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSokong membawa rebah.TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.TakrifDikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPaksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.TakrifMendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSatu dijentik, sepuluh rebah.TakrifSeorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
625 | United we stand, devided we fall | Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. | Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah. | ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. | ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
266 | A house devided against itself cannot stand | Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah. | Berpecah membawa rebah | We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand. | Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - berpecah membawa rebah. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rebah (kata kerja) | Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak,
punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;, | | Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan, |
|
Puisi |
---|
|
Belah batang penjara padi, Rebah padi dipukul ribut; Adik saya datang ke mari, Tanda kasih seumur hidup.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 266 A house devided against itself cannot stand Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah. Berpecah membawa rebah We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand. Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - berpecah membawa rebah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|