PeribahasaBagai kacang direndang.TakrifBunyi suara yang tak putus-putus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.TakrifKeturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali.TakrifPersahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.TakrifKeadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali putus keluan putus.TakrifAnak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.TakrifPersahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali keluan, putus keluan rampung hidung.TakrifPerselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.TakrifKehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus kelikir, rampung hidung.TakrifPerselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.TakrifPerempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| putus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat, Berantonim dengan bercantum
2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas, Berantonim dengan bermula
| Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Lihat selanjutnya... |
|