PeribahasaPendek dihubung, panjang dikerat.TakrifDapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.TakrifIngin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.TakrifSesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.TakrifKeinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sumpit abu ditegakkan.TakrifOrang gemuk, pendek dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenteng dibilai, singkat diulas.TakrifYang kurang ditambah, yang pendek disambung. bilai = ulas, sambung; diulas = disambung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi cebol hendak mencapai bulan (= bintang).TakrifMenginginkan sesuatu yang mustahil tercapai. Si cebol = orang pendek.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah tongkat berjermang (= bertelekan).TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|