PeribahasaPayah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.TakrifMenghadapi musuh yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak payah basuh kaki tangan.TakrifMengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah luka payah sembuhnya.TakrifMencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti keris yang tak payah diasami lagi.TakrifSudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.TakrifOrang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. ruyung = batang pohon enau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut lintah, melekat payah lucut.TakrifOrang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLampu kekurangan minyak.TakrifDalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar.TakrifSeseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda sampan hendak berenang.TakrifSengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.TakrifKesukaran berdagang ke negeri asing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| payah (adjektif) | Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat,
kelekik, rumpil;, | | Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
|