PeribahasaPadam menyala tarik puntung.TakrifDi mana mati, di situlah ditanam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.TakrifCerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung berasap.TakrifPerkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. puntung = sisa kayu api yang dibakar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana lalang habis, di situ api padam.TakrifDi mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.TakrifDi mana mati di situlah dikuburkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKejap (= kerling) bagai pelitakan padam.TakrifPujian kepada perempuan yang cantik. kejap = kerling, kedip, kelip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungkal tak berbalik, unggun padam bara.TakrifPekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi nan tak kunjung padam.TakrifSemangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.TakrifOrang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga raya kembang pagi.TakrifMuka yang merah padam kerana terlalu marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| padam (kata kerja) | 1. Dalam konteks api bersinonim dengan mati, pudur, melindap, Berantonim dengan menyala
2. Dalam konteks kemarahan bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang, Berantonim dengan meluap
3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus, Berantonim dengan menjelma
| Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
|