PeribahasaNiat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka.TakrifLain yang dihajati, lain yang diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan.TakrifMahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).TakrifBerhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUcap habis niat sampai.TakrifHasil yang diperoleh dengan segera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.TakrifLain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakin banyak orang, makin banyak niat.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti embun di atas daun.TakrifNiat yang selalu berubah-ubah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, kami tahu.TakrifSudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.TakrifNiat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| niat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak,
cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,
2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,
| Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Lihat selanjutnya... |
|