PeribahasaLemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.TakrifSesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.TakrifPerbuatan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.TakrifPekerjaan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak malam mentah pagi (= siang).TakrifPerkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan masak mentah.TakrifOrang yang tidak menghiraukan halal atau haram.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau dikadang, mentah.TakrifKerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak di luar mentah di dalam.TakrifKelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing makan masak mentah.TakrifOrang yang gelojoh tiada memilih baik ataupun jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBudak-budak makan pisang.TakrifMasih mentah dalam segala hal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai diurap dengan daun katang-katang.TakrifSangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mentah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras, Berantonim dengan masak
2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,
3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau, Berantonim dengan matang
| Kata Terbitan : mentah-mentah, |
|
Puisi |
---|
|
Bismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan.
Lihat selanjutnya... |
|