PeribahasaMalas bergarit, perut perit.TakrifMalas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.TakrifSifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapak menyelam beliung.TakrifOrang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.TakrifOrang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPangku tangan cerut perut.TakrifMalas bekerja tak dapat makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRingan mulut berat punggung.TakrifMalas meninggalkan tempat duduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegan menggerak lingkar.TakrifTerlalu malas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai balak terendam.TakrifOrang gemuk yang malas bergerak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenetak dengan belakang parang.TakrifMenyuruh orang malas bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anak sepat ketohoran.TakrifBerbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| malas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa,
celika, wegah, lundung, sungkan, ogah, Berantonim dengan rajin
2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa, Berantonim dengan sudi
| Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas, |
|
Puisi |
---|
|
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati.
Lihat selanjutnya... |
|