PeribahasaDari lecah, lari ke duri.TakrifMenghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut akan lumpur, lari ke duri.TakrifMenghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis miang kerana bergeser.TakrifSesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerasai asin garam.TakrifMerasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjolok sarang tabuan.TakrifSengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.TakrifKesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah biasa makan kerak.TakrifSudah biasa mengalami kesukaran hidup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTermasuk ke dalam belukar onak.TakrifTerlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak badak dihambat-hambat.TakrifSengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.TakrifKesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
|