PeribahasaMenyauk kering-kering, membeli habis-habis.TakrifMenyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering tempayan, cebok pun jauhlah.TakrifSetelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.TakrifOrang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDihujani kering, dijemur basah.TakrifBerbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang.TakrifKurus sekali kerana sakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.TakrifBerturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelaga kering hilanglah timba.TakrifKemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain basah kering di pinggang.TakrifSangat miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti daun kering ditiup angin di tengah padang.TakrifHidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cicak kering.TakrifRupa orang di dalam sakit (kurus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
394 | Misfortunes never come singly | Malang sering kali datang bertimpa-timpa | Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. | It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. | Kata orang, sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
478 | When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
477 | When poverty comes in at the door, love flies out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
476 | When poverty comes in at the door, love flies out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kering (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang,
dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi, Berantonim dengan basah
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,
3. Dalam konteks durian bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,
| Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 478 When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|