PeribahasaBagai lukah, tak penuh air.TakrifSelalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. (Biasa juga: Macam lukah, tak kenyang-kenyang oleh air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.TakrifHidup dalam kemiskinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kenyang makan kerak.TakrifSudah banyak pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pacat kenyang.TakrifSehabis makan di rumah orang, lalu pergi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi siamang kenyang.TakrifBanyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada lukah yang kenyang oleh air.TakrifTabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeleng seperti si patung kenyang.TakrifBerjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJung pecah, yu yang kenyang.TakrifJika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng.TakrifTidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur tak lelap, makan tak kenyang.TakrifOrang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kenyang (adjektif) | Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;, | | Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.
Lihat selanjutnya... |
|