PeribahasaMenghadapkan bedil pulang.TakrifMencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebas buluh serumpun.TakrifMerosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDegar-degar merapati.TakrifPerselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat perahu takkan karam sebelah.TakrifKaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencukur kepala.TakrifPerbuatan yang memalukan kaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemperhujankan (= menghujani) garam sendiri.TakrifMenghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana sungai yang tiada berhulu?TakrifMana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenebas buluh serumpun (= seperdu).TakrifMerosakkan nama kaum kerabat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencabik baju di dada.TakrifMenceritakan aib kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.TakrifKaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kaum (kata nama) | 1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,
2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan,
kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,
| Kata Terbitan : berkaum, perkauman, |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.
Lihat selanjutnya... |
|