PeribahasaKaki untut dipakaikan gelang.TakrifMaksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.TakrifSegala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan.TakrifTelah terlanjur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki pekuk lenggang ke perut.TakrifOrang yang buruk dan bodoh. pekuk = bengkok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.TakrifSerba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCepat kaki ringan tangan.TakrifRajin dan giat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas kaki leher terjerat.TakrifOrang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelangkah kaki kanan.TakrifSampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.TakrifHati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerikat kaki tangan.TakrifSudah tidak berkuasa lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kaki (kata nama) | 1. Dalam konteks anggota badan bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,
2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,
3. Dalam konteks ukuran bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,
4. Bersinonim dengan penyangga: penopang
5. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur.
Lihat selanjutnya... |
|