PeribahasaTitian biasa lapuk, janji biasa mungkir.TakrifJangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJanji sampai, sukatan penuh.TakrifSudah sampai ajal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat diisi, janji dilabuh.TakrifAdat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya.TakrifOrang yang suka mungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.TakrifTidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.TakrifSesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYa sepanjang hari, janji sepanjang jalan.TakrifMudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata biarlah kota.TakrifJanji hendaklah ditepati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTegak berpaling, duduk berkisar.TakrifJanji yang tidak ditepati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang yang dikata, itulah kota.TakrifJanji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| janji (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,
2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,
| Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian, |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
Lihat selanjutnya... |
|