PeribahasaUcap habis niat sampai.TakrifHasil yang diperoleh dengan segera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa tampangnya, itulah tumbuhnya.TakrifHasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCencaru makan petang.TakrifPekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi duduk daripada cangkung.TakrifBesar belanja daripada hasil pencarian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUpah lalu, bandar tak masuk.TakrifTidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengisi perian bobos.TakrifMelakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengisi gantang pesuk.TakrifMelakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam terlepas, tangan tercirit.TakrifKejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBurung terbang dipipiskan lada.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam terlepas, tangan bau tahi.TakrifKejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hasil (kata nama) | 1. Rujuk dapat pendapatan
2. Rujuk panen
3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,
4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil, |
|
Puisi |
---|
|
Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.
Lihat selanjutnya... |
|