PeribahasaSilang berpangkal, kerja berjunjung.TakrifDalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilang berpangkal kerakap berjumpa junjung.TakrifDalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Silang berpangkal, kerja berjunjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.TakrifJika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbilang dari esa, mengaji dari alif.TakrifJika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pangkal (kata nama) | 1. Dalam konteks bahagian permulaan bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor, Berantonim dengan hujung
2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,
| Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan, |
|
|