Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Silang berpangkal, kerja berjunjung.

Takrif

Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Silang berpangkal kerakap berjumpa junjung.

Takrif

Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Silang berpangkal, kerja berjunjung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbilang dari esa, mengaji dari alif.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,