Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
UDARA YANG BERGERAK | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut. | Lain-lain | 27.04.2010 |
Rancangan itu disiarkan ke udara atau Rancangan itu ke udara ? | Jawapan yang betul ialah Rancangan itu disiarkan atau Rancangan itu ke udara. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
perkataan manakah yang betul : pendingin hawa ataupun penghawa dingin. - (perkataan bahawa melayu bagi air cond) | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin udara. | Istilah | 25.06.2012 |
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan pendingin hawa salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah penyaman udara. Katanya, pendingin hawa istilah lama, penyaman udara istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP? | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 02.05.2012 |
a)Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. b)Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. adakah kedua-dua ayat ini betul? sila beri penjelasan, thanks. | A) Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. Ayat ini tidak gramatis, ayat yang betul ialah burung berkawan-kawan terbang di udara. B) Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. Ayat ini juga tidak gramatis, kami melalui jalan itu supaya cepat sampai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat. | Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 11.03.2009 |
1. Tentara udara itu membuat terjunan dari kapal terbang tentera. 2. Tentara udara itu membuat terjunan daripada kapal terbang tentera. Penggunaan "dari" dan "daripada", manakah satu ayat yang betul? Mengapa? | Encik Yong, Frasa yang betul ialah dari kapal terbang, iaitu merujuk tempat. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betul | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 09.10.2012 |
Yang mana betuL? a)penghawa dingin b)penyaman udara c)Pendingin hawa | Yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Makna | 08.09.2008 |