Kata |
Takrif |
Sumber |
alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gempa | goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putera | 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumiputera; berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud; diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub | 1 = ~ bumi bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. 2 = ~ magnet bahagian yg berdekatan dgn kutub bumi spt yg ditunjukkan oleh jarum kompas. 3 bahagian hujung magnet. kekutuban ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. pengutuban ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perut bumi | bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub bumi | bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muka bumi | bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerhana | 1 peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian drpd cahaya matahari oleh bumi atau bulan. 2 ki dlm kesulitan atau kesusahan. ~ bulan gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). ~ matahari gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). ~ penuh gerhana yg menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. ~ separa gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geosentrik | (géoséntrik) (Ast) 1. mempunyai bumi sbg pusat, berpusatkan bumi: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr pusat bumi: kedudukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencecah | mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
earth | n 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground 1 | n 1. land surface, tanah, bumi: the bomb hit the ~ and exploded, bom itu jatuh ke tanah lalu meletup; he was hanging from a tree branch and his feet didnt touch the ~, dia tergantung di dahan pokok dan kakinya tdk mencecah bumi; ~ - to - air missile, luncuran bumi ke udara; above ~, permukaan /tanah, bumi/; below (the) ~, bawah tanah; 2. soil, earth, tanah: the ~ was too hard for him to dig, tanah itu terlalu keras utk digalinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earthquake | n gempa bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
land-form | n bentuk bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground speed | n laju bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground plate | n plat bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground loop | n gelung bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground-ice | n ais bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground cover | n penutup bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cover crop | n tanaman penutup bumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bumi | ground | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian litar elektrik yang disambung pada rangka, enjin, badan kenderaan atau terminal negatif bateri. |
cathode follower | pengikut katod | Fizik | Tiada | Litar yang terdiri daripada tiub vakum yang grid kawalan dan bumi untuk sambungan isyarat masukan, dan katod dan bumi untuk sambungan beban amplifier bumi-anod. Gambar rajah m/s 73 |
earthquake insurance | insurans gempa bumi | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak. |
marine ecosystem | ekosistem marin | Sains Marin | Tiada | Ekosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya. |
direct damage earthquake insurance | insurans gempa bumi kerosakan langsung | insurans | Tiada | Perlindungan insurans untuk sebahagian atau keseluruhan deduktibel yang biasanya terdapat dalam polisi insurans gempa bumi. |
seismic wave | gelombang seismos | Sains Marin | Tiada | Gelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan bumi yang terhasil daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, pergerakan magma, tanah longsor yang besar dan juga letupan yang dilakukan oleh manusia yang memberikan tenaga bunyi pada frekuensi rendah. |
landscape resources | sumber jaya landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ciri-ciri yang membentuk sesuatu rupa bumi seperti pemandangan, tumbuhan (flora), fauna, dan bentuk muka bumi. |
geoid | geoid | Sains Marin | Tiada | Bentuk bumi yang dianggap sebagai min permukaan aras laut yang diunjur berterusan merentasi benua atau sebagai sebuah permukaan tak selanjar yang lebih rendah daripada permukaan sferoid di bawah lautan, tetapi lebih tinggi di bawah benua. Geoid juga dipengaruhi oleh graviti dan putaran bumi, dan juga faktor lain seperti angin dan pasang surut. |
ca!ligramme | puisi lakar | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mrnonjolkan huruf, frasa atau kalimat yang mirip atau menyerupai sesuatu idea atau pemikiran yang hendak disampaikan. Baris-baris dalam puisi ini berbentuk geometri seperti empat segi, bujur, bulat dan piramid. Contohnya, dalam puisi ''Bumi Hijau" dalam kumpulan Bumi Hijau karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim kaligram. |
alkaline earth | bumi beralkali | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
gampa bumi | gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bisaya Sabah |
gempa' bumi | Gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
buran | bulan, satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari | biburan-buran | berbulan-bulan (merujuk kepada jangka masa yang lama) | buran buu | - | muka orang yang nampak bulat dan besar seperti bulan yang mengembang | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
linug | gempa bumi | - | - | sagit a miasugat a linug | keadaan huru-hara (seperti terkena gempa bumi) | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Iranun |
tana' | tanah, lapisan bumi yang di atas sekali | bitana' | bertanah | daki sok ~ obuoh nigang, de kanok leh langit obuoh nyunjung | - | prb di mana tanah bumi dipijak, di situ langit dijunjung | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
tana gumaang | gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Ranau |
tana' gumaang | gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Kadazan Penampang |
gumugul ot pomogunan | gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Rungus |
gongon ru tana | gempa bumi | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Murut -> Timugon |
rongit | langit, lengkung yang tampaknya biru dan melingkungi bumi | birongit | mempunyai langit, terlalu tinggi. | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bumi | bumi [bumi] | Melanau Dalat | |
pusek II | hujung paksi atau gander, kutub; ~ bumi kutub bumi; ~ utara kutub utara; ~ selaten kutub selatan; benateang ~ binatang kutub; | Melanau Mukah | |
ilmu | ilmu; 1 pengetahuan, kepandaian dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll: pinyeang ~ mencari ilmu; 2 kajian bkn sst perkara: ~ bumi ilmu bumi; ~ pimun ilmu bercucuk tanam; 3 jampi, mantera; ~ kudin tuju; ~ pengan diak a pedeh jampi atau mantera menye | Melanau Mukah | |
bumi | bumik. | kedayan | |
tanak | bumi | TETAW | |
gempa | ~ bumi gampa bumik. | kedayan | |
dunia | dunia; 1 bumi dan segala yg terdapat dipermukaannya: Gua Mulu yenlah gua wak pajih nyat lubeang ~ Gua Mulu ialah gua yg paling besar dlm dunia; 2 perihal hidup, kehidupan: ~ lau itou nda sama jegem ~ sabei dunia hari ini berbeza dgn dunia masa lampau; 3 s | Melanau Mukah | |
siang | lau (masa mata lau bawai sapai masok bumi) [law] | Melanau Dalat | |
bulan | bulan; 1 satelit semula jadi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari; 2 masa antara mula nampak bulan hingga hilang balik dlm jangka 29 atau 30 hari; ~ Pengasiseang bulan pertama dlm kalendar MM, bulan musim Angin Monsun Timur Laut bertiup; ~ Pen | Melanau Mukah | |
zon | zon; 1 salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, mintakat: ~ lasuk zon panas; ~ padakji zon sederhana; ~ singuoh zon sejuk; 2 kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat; 3 kawasan atau daerah yg berada di bawah sekata | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
aki kapuuno Mr | pencipta langit dan bumi. | Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
minorit Kd KB | sejenis roh baik. | 9. Minorit Tinggal di bawah bumi, tidak mengganggu manusia. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patara, *petara* Ib | dewa. | Akan sihatlah kamu kata Betara Simpandai, Kaya kata Anda Mara, Dirgahayu sumpah Hantu, Baik segala-galanya restui Petara. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selanji Ib | sebakul. | Hm... m.... m, syukurlah kalau mendapat selanji hasil, keluh Kemuja sambil mengubah tali bakul dengan tangannya. Kemudian dia menuai semula. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empasan Ib | sejenis rumput yang tinggi; daun tajam dan batang berbentuk segi tiga. | Dibantunnya pucuk empasan dan diselitkan pada lipatan kain penutup kepalanya. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompuan Kd KB | sejenis roh jahat. | 22. Tompuan Roh bahan gunaan hidup manusia sehari-hari, kadangkala menjadi mimpi berkelamin antara lelaki dan perempuan. Tempat tinggalnya di bumi dan di kayangan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ubi abok, *ubi abuk* Ib | ubi keledek. | Oh, mereka ini sudah mulai menggali ubi abok, kata gadis-gadis, menyindir Angap dan Senurok yang sudah mulai mabuk. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aya Ib | 1. bapa saudara. | Memang ada. Hanya tidak ada untuk diniagakan, sindir Umang Kelebat. Itulah yang menyebabkan gadis-gadis masih terpikat sampai sekarang, ya aya? sambung Senurok. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melaban Ib | sejenis pokok yang tumbuh di hutan. | Selepas Puteri itu mandi, tubuhnya bertukar muda kembali. Sebenarnya kulit pokok melaban sentiasa berganti-ganti, dan begitu juga sekiranya seorang manusia di bumi memiliki tangkal batu kulit melaban, dia tidak berubah menjadi tua walaupun usianya telah meningkat. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb نيمز )zan( نز )zanbagh( قبنز )zanbūr( روبنز )zanbīl, sabad( دبس ،ليبنز )zanjīr( ريجنز )zendān( نادنز )zendānī( ىنادنز )zendegānī( ىناگدنز )zang, zangūle( هلوگنز ،گنز zirafah kuning hodoh gelung rambut waktu bisikan bumi perempuan bakung lebah bakul rantai penjara banduan kehidupan suis loceng giraffe yellow ugly ringlet time whisper earth, ground woman lily bee basket chain prison prisoner life bell هلوگنز ،گنز هفا
|
Kamus Sains.indb aerial photo interpretation (tafsiran foto udara/ulasan foto udara) Pentafsiran dan penerangan yang dibuat berdasarkan foto udara untuk menge- nal pasti objek tertentu seperti jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi dan bagi tujuan pemetaan. (HUT) aerial photography (fotografi udara) Siri gambar permukaan bumi yang diambil dari kapal terbang yang bergerak aecidiospore aerial photography Kamus Sains.indb 25 7/8/08 11:45:23 AM 26 secara sistematik pada ketinggian tertentu. Penggambaran foto udara
|
Kamus Thai 2.indb t] น 1 suasana: บรรยากาศของงานต ้ อนรับปีใหม ่ ครั้ งนี้ ครื้ นเครง มาก Suasana majlis menyambut tahun baru kali ini sangat meriah. 2 atmos- fera: บรรยากาศของโลกแตกต ่ างจากบรรยากาศ ของดาวอังคาร Atmosfera bumi berbeza daripada atmosfera planet Marikh. บรรยาย [banya:y] ก 1 bersyarah, ber- ceramah: ฮัจญีฮัมดันกำลังบรรยายถึงลักษณะ ของภาษามลายูถิ่ นปัตตานี Tuan Haji Ham- dan sedang bersyarah tentang ciri-ciri bahasa Melayu dialek Pattani. 2 ้ าที่ กาชาดแบ ่ งปัน สิ่ งของช ่ วยเหลือแก ่ ผู ้ ประสบภัยแผ ่ นดินไหว ในประเทศอิหร ่ าน Kakitangan Persatuan Palang Merah mengagihkan barang- barang bantuan kepada mangsa gem- pa bumi di Iran. แบ ่ งภาค [-pa:k] ก menjelma: พระวิษณุ แบ ่ งภาคลงมาเป็นพระราม Dewa Visnu tu- run menjelma menjadi Seri Rama. แบ ่ งแยก [-yε:k] ก 1 memisahkan: ขบวนการไออาร
|
Kamus Thai 2.indb tangkai padi 2 (ผึ ้ ง) sarang: รวงผึ้ ง sarang lebah ร ่ วง [rua] ก luruh, gugur: ดอกไม ้ ร ่ วงลง สู ่ พื้ นดินหลังจากฝนตกหนัก Bunga luruh ke bumi setelah hujan lebat. รวด [ruat] ว berturut-turut: ทีมฟุตบอล ชาติไทยได ้ เป็นแชมป ์ กีฬาซีเกมส ์ ห ้ าครั้ งรวด Pa- sukan bola sepak negara Thai telah menjuarai sukan SEA lima ki:] น syahwat โลง [lo:] น keranda โล ่ ง [lo:] ว lapang, terbuka: เมื่ อเกิด แผ ่ นดินไหวเราควรจะวิ่ งไปอยู ่ ในที่ โล ่ ง Apabila berlaku gempa bumi, kita hendaklah berlari ke kawasan lapang. โล ่ งอก [lo:ok] ว berasa lega: แม ่ ของ อามีเนาะฮ ์ รู ้ สึกโล ่ งอกหลังทราบว ่ าอามีเนาะฮ ์ ปลอดภัย Ibu Aminah |
Kamus Thai 2.indb น Ja batan Agama กรมเจ ้ าท ่ า [-cauta:] น Jabatan Pela buhan กรมชลประทาน [-conlaprata:n] น Jabatan Perairan กรมทรัพยากรธรณี [-sappaya :k:n- t:rani:] น Jabatan Sumber Bumi กรมทะเบียนการค ้ า [-tabianka:n- ka:] น Jabatan Pendaftaran Perniagaan กรมทางหลวง [-ta:lua] น Jabatan Lebuh Raya กรมที ่ ดิน [-ti :din] น Jabatan Tanah กรมประชาสงเคราะห์ [-praca:so- kr mengengsot ke din ding lalu bersandar. เขยื้อน [kayan] ก 1 bergegar: ตึก หล ั งน ั ้นเขยื้ อนช ั ่ วขณะเนื่ องจากแผ ่ นดินไหว Bangunan itu bergegar seketika akibat gempa bumi. 2 beranjak, berganjak: เขา ไม ่ ยอมเขยื้ อนจากที่ น ั ่ งของเขาเลย Dia tidak mahu beranjak dari tempat duduknya. เขลา [klau] ว bodoh, dungu: คนเขลา เท ่ าน ั ้
|
Kamus Thai 2.indb sendiri kemudian bai kilah. จุดอิ่ มตัว [-i mtua] น takat tepu: ไม ่ ต ้ อง ทดน ้ ำเข ้ านาอีกเพราะดินถึงจุดอิ่ มตัวแล ้ ว Usahlah mengairi sawah lagi kerana bumi sudah sampai takat tepu. จุนเจือ [cunca] ก membantu, meno- long: กำนันจุนเจือครอบครัวนั้ นตลอด Peng hulu sentiasa membantu keluarga itu. จุ ้ นจ ้ าน [cunca:n] ก menyibuk: ภรรยา ข ้ ถลน [talon] ว tersembul, terjojol: ปลาตีนตาถลน Ikan tembakul matanya tersembul. ถล ่ ม [talom] ก 1 runtuh: ตึกหลายหลัง ถล ่ มเพราะแผ ่ นดินไหว Beberapa buah ba ngunan runtuh akibat gempa bumi. 2 meruntuhkan: คนงานกำลังถล ่ มตึกเก ่ าด ้ วย ระเบิดไดนาไมค ์ Pekerja sedang merun tuhkan bangunan lama dengan dinamit. ถลอก [tal:k] ก melelas, melecet: น ้ องหกล ้ มหัวเข |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bumi | [bu.mi] | بومي |
ardi (bumi) | [ar.di] | اردي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
meteoroid | meteoroid | Serpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
satelit | satellite | Peranti yang dilancarkan dari Bumi untuk mengorbit Bumi atau planet lain dalam sistem suria. | Menengah Rendah |
wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk tujuan keselamatan. Sarung penebat bagi wayar bumi berjalur hijau dan kuning. | Menengah Rendah |
wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk mengelakkan renjatan elektrik bagi tujuan keselamatan. Sarung penebat wayar bumi berjalur hijau atau kuning. Lihat Rajah | Menengah Atas |
mantel | mantle | Lapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
alam semula jadi | nature | Keadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi. | Sekolah Rendah |
Bumi | Earth | Planet ketiga dalam sistem suria dan mempunyai hidupan. | Menengah Rendah |
bumi | earth | Planet yang ketiga jauhnya dari matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kerak bumi | earths crust | Lapisan paling luar bumi yang keras yang terdiri daripada mineral. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
hari | day | Unit tempoh bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya. 1 hari = 24 jam. | Menengah Rendah |
hari | day | Unit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam. | Menengah Atas |
longitud | longitude | Suatu bulatan agung di atas permukaan bumi yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Lihat rajah | Menengah Atas |
batu nautika | nautical mile | Unit ukuran bagi jarak perjalanan di laut dan di udara berdasarkan lilitan bumi. 1 batu nautika = 1852 meter (6080 kaki). Lihat rajah | Menengah Atas |
nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi |
|
Puisi |
---|
|
Tetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan.
Lihat selanjutnya... |
|