Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TK | Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup? | Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup? | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasih | Kedua-da ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. . | Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Saya perlukan peribahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Tolong hantarkan segera. | Mohon agar saudara membuat rujukan pada buku Peribahasa Bahasa Melayu. Bagi membantu, saudara boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my, klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan carian dapat diperoleh melalui laman web tersebut, atau membuat rujukan pada buku-buku terbitan DBP yang lain. | Lain-lain | 07.10.2007 |
Organik - Naturally organic product | Organik - keluaran organik semulajadi Bahan @ proses yang ada kaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. | Lain-lain | 09.03.2007 |
Tuan, adakah perkataan "pepermin" boleh di gunakan dalam penulisan cerpen atau iklan? adakah maksud pepermin dan pudina sama? Terima kasih. | Jika merujuk kepada tumbuh-tumbuhan tersebut, padanannya dalam bahasa Melayu ialah pudina. Apabila merujuk kepada produknya 'pepermin' yang digunakan seperti gula-gula pepermin dan minyak pepermin. | Istilah | 26.07.2011 |
apakah maksud konsep spa aromaterapi? | Puan Bronica, Maksud spa aromatérapi ialah spa yang memberikan rawatan menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb. | Makna | 18.01.2010 |
Bolehtah dirumuskan bahawa jenis digunakan selepas kata nama maujud? Contohnya, pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis kek. Untuk kata nama abstrak, jenis boleh diabaikan selepas pelbagai. Contohnya, pelbagai aktiviti, pelbagai haiwan, pelbagai sayur, pelbagai buah dan lain-lain. | Jenis bermaksud golongan benda termasuklah binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya. Ini bermakna kata nama jenis boleh digandingkan dengan pelbagai kata dan tidak ada panduan dalam buku tatabahasa yang menetapkan golongan kata tertentu sahaja boleh bergandingan dengan kata jenis. | Lain-lain | 14.03.2012 |
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata? | Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima. | Makna | 06.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
|