Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Soalan-soalan ujian itu bukan sukar; cuma Ali tidak mengulang kaji pelajaran. Dalam ayat di atas, apakah kata nafi yang sesuai, bukan atau tidak? Adakah frasa pertentangan maksud terdapat dalam ayat tersebut? Harap dapat jelaskan. | Kata nafi yang betul ialah tidak ... tidak sukar kerana kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif dan suka ialah kata adjektif. Tidak ada pertentangan maksud dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini? | Salam, 1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi. 2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41. 3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan. TK. | Lain-lain | 21.01.2009 |
Saya mencari maksud perkataan 'incapacitation' yang terdapat dalam bidang Criminology. Saya sedang membuat tesis dalam bidang berkaitan. Agak sukar mencari perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbentuk satu perkataan sahaja. Contoh ayat dalam English ialah: "The concept of incapacitation is simple: a person cannot commit crimes while he is in prisonat least crimes against people outside of prison." Contoh lain: "Incapacitation theory holds that punishment should protect the community from the offender, either by confining her physically, or otherwise disabling her from committing future crimes." Sekian, terima kasih. | Berikut adalah makna yang terdapat dalam simpanan kami yang mungkin boleh dijadikan pnduan vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan kelayakan, menyebabkan [sso] tdk layak; 'incapacitated' - adj tdk berupaya. | Lain-lain | 02.12.2008 |
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( Vehicle Actuated ) dan sistem had masa ( Fix Time ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
|