| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apakah itu kata serapan? | Kata serapan ialah kata yang berasal dari bahasa asing yang sudah sudah diintegrasikan ke dalam suatu bahasa dan diterima pemakaiannya secara umum. | Makna | 09.01.2015 |
| Yang Yang Oct 6th, 4:33pm Boleh tanya tentang perkataan ini : selamat tahun baru cina dan tahun baru sudah sudah di tukar kepada selamat tahun Baharu Tahun Cina, Tahun Baharu? | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Istilah | 06.10.2015 |
| 1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. | 1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. Jawapan: 1. Sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2. Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. 3. Pada hari raya ini, saling mengunjungilah sesama kita. | Tatabahasa | 28.08.2014 |
| Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil. | Ali sudah mengambil barang itu semalam. Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
| Oleh sebab imbuhan ber- mengandungi maksud keadaan yang sudah berlaku, manakala imbuhan ter- bermaksud keadaan tersedia, bolehkah imbuhan ber- diganti dengan ter- atau di-? Makanan sudah berhidang. Makanan sudah terhidang. Makanan sudah dihidang. | Untuk makluman tuan/puan, penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 03.04.2020 |
| "bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?) | "tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
| Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya? | Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
| Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A)Mengambil barang itu semalam Ali sudah. | Ayat songsang yang betul ialah "Sudah mengambil barang itu Ali semalam atau Sudah mengambil barang itu semalam Ali." | Tatabahasa | 02.11.2015 |
| Sudah hampir sebulan soalan yang saya kemukakan belum berjawab oleh pihak DBP, iaitu tanggal 9.11.2025 dan 18.11.2025. Mohon disegerakan jawaban itu. Cikgu Rizam. | Nama makanan yang berasal dari Thailand, iaitu nasi kaomok belum terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, dicadangkan ejaan nasi kaomok berdasarkan kaedah pengejaan kata asing yang terserap dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, silalah merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 324 - 336 di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu.
| Ejaan | 07.12.2025 |
| Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Penggunaan kata sendi nama untuk di sini salah atau betulKalau betul mengapa | Penggunaan kata sendi nama "untuk" betul dalam konteks ini kerana menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. | Tatabahasa | 14.01.2021 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| | Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
| Puisi |
|---|
|
Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 127 What' done cannot be undone Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone. Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|