Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel? | Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel. | Ejaan | 22.11.2013 |
'Sekiranya kita berjimat cermat, tentu kita dapat berpindah ke rumah besar semula.' Adakah 'tentu' harus diletakkan di depan 'dapat', yakni 'kita tentu dapat...'? | Kedua-dua frasa "tentu kita dapat" dan "kita tentu dapat" betul. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Sekiranya sesuatu perkataan berasal daripada istilah arab dan tidak menggunakan transliterasi, adakah perlu ditulis secara condong (italic)? Misalnya, perkataan 'maysir'. | Ya, perkataan "maysir" perlu dicondongkan. | Istilah | 15.03.2013 |
Sekiranya saya ingin menghantar manuskrip dalam bentuk genre puisi tradisional (sastera) adakah saya perlu menghantar kertas cadangan judul sebagaimana penulisan buku umum. Sekian, terima kasih. | Puan boleh menghantar terus manuskrip yang sudah lengkap itu kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Aras !0, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.12.2012 |
Sekiranya melihat kepada dua buah ayat: 1. Ali memberi pendapatnya. 2. Ali memberikan pendapatnya. Ayat yang manakah yang lebih tepat? Bilakah imbuhan 'kan' sepatutnya digunakan? | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa seperti memberi budak itu..., manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa seperti memberikan nasihat. | Tatabahasa | 05.11.2012 |
sekiranya pihak tuan merujuk gambar ini, istilah apakah paling sesuai digunakan dalam bahasa malaysia bukan sahaja melibatkan aspek teknikal tetapi juga aspek perundangan. saya ada merujuk istilah tong sebagai paling mudah difahami seperti dinyatakan di dalam kamus pelajar tetapi bahasa english jelas memberi istilah tong sebagai 'barrel' (seperti tong minyak mentah). Perkataan digunakan dalam bahasa english merujuk gambar tersebut ialah mobile garbage bin dimana saya tidak pasti sama ada perkataan bekas penyimpanan beroda atau tong sampah beroda yang sesuai digunakan dalam dokumen garis panduan & peraturan di Kementerian ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mobile garbage bin dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk bin ialah tong. Oleh itu, istilah yang dicadangkan oleh pihak tuan, iaitu tong sampah beroda boleh digunakan dan adalah sesuai dalam konteks ini. | Istilah | 05.10.2012 |
Sekiranya kita memetik ayat pada iklan, tanda petik manakah yang paling sesuai. Satu atau dua. Contoh:Kata-kata pada iklan itu benar-benar memberi semangat baru kepadanya, "Harapan Omar adalah kebebasan, peluru tidak dicipta bagi membunuh harapan." | Penggunaan yang betul ialah tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' ') lazimnya digunakan dalam tanda petik. | Ejaan | 10.10.2011 |
Sekiranya kita mahu memasukkan alamat halaman sesawang (website) pada text, bagaimanakah penulisannya. Perlukah diitalikkan alamat website itu? Contoh ayat: Dia banyak merujuk www.dbp.gov.my bagi mendapatkan informasi yang tepat. | Tidak perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 10.10.2011 |
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting. | Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 04.10.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
|